Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan
selamat petang readers.
Alhamdulillah. Masih
diberi kesempatan untuk menyambung cerita pengalaman banjir aku. Kepada readers
yang masih belum membaca cerita awal. Sila pastikan anda membaca terlebih
dahulu Ceritera Banjirku 1 dan Ceritera Banjirku 2.
Seperti yang aku
jannjikan dalam entri sebelum ini, aku akan ceritakan bagaimana aku dan adik
aku Hanis boleh terputus hubungan dengan keluarga.
Setelah mak, Husna, adik
Eman, adik Aween dan aku berada di pusat pemindahan banjir (level 1 SMKDMPR1),
adik aku yang bernama Hanis (kalau entri before ni aku ada mention dia pergi
kerja) call dan meminta bahawa one of us jemput dia di tempat kerja. Katanya
waktu operasi tempat kerja dia ditamatkan jam 7.00 petang disebabkan elektrik
terputus serta jalan-jalan utama ke tempat kerjanya telah dinaiki air.
Dipendekkan cerita, jiranku menemaniku untuk mengambilnya menaiki kereta. Fyi,
semua jalan telahpun dinaiki air. Namun disebabkan terpaksa kami meredah air
menggunakan kereta tersebut (paras air telah mencecah bonet depan kereta).
Memang masa tu penduduk kampung dah bagitahu kenderaan ringan dah tak boleh
lalu. Kami beranikan sahaja sebab nak ambik adik aku tu. Kalau tak, takkan nak
biarkan dia. Masa redah tu hanya kalimah ‘Lailahailallah’ yang keluar .
Alhamdulillah kami melepasi halangan pertama.
200 meter sebelum sampai
ke tempat kerjanya juga jalan telah dinaiki air. Masa tu kenderaan pacuan 4x4
sahaja dibenarkan. Aku decide untuk harung air tu tapi jalan kaki je la. Aku
minta jiran aku tu tunggu kereta. Masa tu paras air di jalan itu atas sikit
pinggang aku. Itu pada mulanya. Masa odw aku redah air tu, tetiba ada beberapa
orang budak lelaki yang tegur aku.
“Akak nak g mana?”
“Akak nak g ambik adik
akak kat Kasut You. Dia sorang je kat situ.”
“Jauh lagi tu kak.
Lagipun air naik mendadak ni kak. Takut tak sempat nak patah balik. Tak takut
ke?”
Wahai readers, bila
tengah harung air. 200 meter tu memang kita akan rasa jauh. Tambah-tambah bila
air tu berarus. Alhamdulillah, salah sorang dari budak lelaki tadi bersetuju
untuk menemani aku. Seperti yang aku cakap tadi, hanya 4x4 dibenarkan lalu.
Bila ada je 4x4 yang lalu, konfem air akan melepasi kepala aku. Sebab air itu
akan berombak tinggi dan melepasi kepala aku. Hanya ALLAH yang tahu macam mana
perasaan aku time tu. Dan alhamdulillah aku, adik aku Hanis dan budak lelaki tu
berjaya patah balik ke kereta di mana jiran aku tunggu tadi.
Kami terus bergegas
balik ke tempat pemindahan banjir namun malangnya semua jalan telah ditutup
untuk kenderaan ringan. Bukan sahaja paras air yang tinggi namun keadaanya yang
deras. Kami sempat jugak ke Petronas berdekatan untuk isi minyak kereta sebab
takut nanti bekalan minyak pula habis. Dan kami decide utk stay di tepi masjid.
Nak dijadikan cerita dan sebenarnya bagi aku ini adalah petunjuk dari ALLAH,
aku minta izin untuk ke tandas. Kami bergerak menuju ke tandas Restoran Tepi
Sungai (ni nama restoran ye). Lastly, kami pun decide stay je la kat situ satu
malam. Mungkin esok air dah surut. Malam tu, ALLAH utuskan kami hamba-hambanya
yang sangat berhati mulia. Tauke dan keluarga restoran tersebut menjemput kami
(termasuk mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di situ) makan secara percuma
di restorannya. Alhamdulillah. Terima kasih. Hanya ALLAH yang mempu membalas jasa kalian.
Tarikh: 25 Disember 2014.
Keesokan harinya, tauke
tersebut masih menjamu kami makan pagi. Malah lagi ramai mangsa-mangsa banjir
yang datang ke situ kerana di tempat pusat pemindahan banjir yang berdekatan
tiada bantuan makanan. Sungguh mulia hati keluarga ini. Semoga ALLAH
melimpahkan rezeki yang mencurah-curah kepadanya. Amin~
Lepas je makan, kami
(aku, adik aku Hanis dan jiran aku) pergi melihat keadaan air. MasyaALLAH. Air
semakin naik. Dan masjid yang pada mulanya kami nak stay tu telah pun dinaiki
air. Paras yang aku boleh katakan ialah melepasi bumbung kereta. Sebab dari
jauh aku tengok beberapa kereta yang diletakkan di situ hanya nampak sedikit
sahaja bumbung. MasyaALLAH. Masa tu elektrik memang satu Tanah Merah telah
diputuskan. Aku plak hanya bawak handphone. Tak bawak power bank. Tapi nasib
baik adik aku sempat inform family yang kami selamat dan berada di restoran
tersebut.Dibawah merupakan gambar Petronas tempat aku isi minyak kete. Masa aku
g isi tu konfem takde air kan. Tapi tgk la bagaimana cepatnya paras air
meningkat.
Bagaimana pula untuk
kami bertemu kembali dengan keluarga kami? Akan bersambung di entri berikutnya.
Wassalam
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!