Assalamualaikum dan
selamat pagi readers.
Kecoh nampaknya isu gadis
bertudung dipeluk, dicium oleh artis Kpop tu. Emmm, tak tahu la apa nak jadi
dengan Malaysia sekarang ni. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku. Ingatlah apa
yang kita lakukan itulah yang kita terima.
Entri ini merupakan
kesinambungan entri aku INI.
Tanggal 24 Disember 2014
merupakan detik hitam dalam hidup setelah berusia 24 tahun. Pada waktu Subuh
(lebih kurang 6.30 pagi), hujan selebat-lebatnya sehinggalah jam lebih kurang 11.00-12.00
tengahari. Maafkan aku sebab tak ingat waktu sebenar. Jam 10 lebih, adik aku minta
supaya abah aku pergi hantar dia keje. Jarak tempat keje dia dari rumah aku
mengambil masa lebih kurang 10 minit. Tapi punya la lama abah aku ni nak sampai
ke rumah balik kan. Lebih kurang 40 minit gitu. Rupa-rupanya air dah mula naik
di beberapa jalan raya. So, dia terpaksa guna jalan yang lebih jauh.
Masa tu, abah aku ni dah
alihkan moto dia ke jalan raya. Okay la, aku lukis guna paint jap. Senang nak
tunjuk gambaran rumah aku. Harap readers lebih faham dengan jelas.
Rujuk gambar di atas,
jalan raya tu aku lukis yang ada dash tu. Bila abah aku ni sampai rumah aku, air
sudah mula masuk toilet. Toilet rumah aku ni rendah sikit. Maklumla rumah
kampung. Ada satu lagi moto adik aku dalam rumah tu. Abah, jiran dan aku cuba
untuk angkat moto adik aku tu ke tempat yang lebih tinggi. Kami letakkan bangku
sebagai pelapik. Kirannya bangku tu tinggi jugak la. Akhirnya berjaya. Bayangkan
waktu ni, kalau kami nak pindahkan moto adik aku ke jalan raya dah tak boleh
dah sebab jalan yang 100m dari rumah aku ke jalan raya tu naik mendadak dan dah
sampai paras paha aku dah.
Kami satu keluarga pun
decide untuk angkat mana2 barang yang mampu diangkat ke tempat yang lebih
tinggi. So, kami angkat la peti ais, tv, almari tv dan segala yang ada di
lantai ke tempat yang tinggi. Point utama, kami tak expect air akan
tenggelamkan rumah kami.
Kurang dari 1 jam kami angkat
semua barang2 tu dan terus capai je baju2 untuk dipakai di pusat pemindahan
banjir. Disebabkan dulu aku pernah ada pengalaman banjir kilat, aku terus tanya
mak aku mana semua dokumen penting. Aku letakkan semua dokumen tu dalam satu
beg dan semua baju adik-adik aku diletakkan dalam bagasi aku. First abah aku bawak
adik Aween ( 2 tahun 5 bulan) ke jalan yang masih belum dinaiki air. Rujuk
gambar tu aku dot kaler merah. Tempat tu je yang masih belum naik air.
Sepanjang jalan tu dah naik air sebenarnya.
Then, aku plak yang follow
sambil bawak dokumen dan handbeg aku. Masa tu paras air adalah paras atas
pinggangku (tinggi aku 155 cm). Oh lupa nak mention, masa ni memang hujan
berhenti. Kalau hujan pun macam gerimis je. Tapi air naik sangat mendadak. Abah
aku patah balik ke rumah untuk ambik adik aku 2 orang dan mak aku. Masa tu aku
dan adik Aween terus ke SK Suria 2 sebab abah aku daftarkan family aku di
sekolah tersebut. Lebih kurang 15-30 minit aku tunggu mak, adik Eman dan Husna
datang ke tempat aku dan adik Aween.
Seterusnya, aku dan adik
Eman bergegas untuk kembali pulang ke rumah sebab nak alihkan moto abah aku
yang telah pun di letakkan di kawasan yang selamat sewaktu diletakkan. Namun,
bila kami patah balik bot bomba sudah mula mampu untuk digunakan di sepanjang
jalan (500m) itu. Pantas bukan air tu naik? Tapi aku dan adik Eman tetap
berusaha untuk selamatkan moto abah aku sebab kami fikir sekurang-kurangnya
moto tu boleh diselamatkan. Alhamdulillah, akhirnya motor tu selamat diletakkan
di sekolah SMKDMPR1. Masa yang diambil adalah 1 jam lebih untuk aku dan adik
aku meredah air banjir tu.
Gambar dibawah merupakan jalan yang aku lalu untuk tolak moto ayah aku ke SMKDMPR1. Masa aku lalu tu memang tak de air langsung. Air ni naik beberapa jam kemudian.
Gambar dibawah merupakan jalan yang aku lalu untuk tolak moto ayah aku ke SMKDMPR1. Masa aku lalu tu memang tak de air langsung. Air ni naik beberapa jam kemudian.
Kenapa tiba2 di SMKDMPR1? Bukan
ke SK Suria 2 ke? Sebab waktu aku dan adik Eman selamatkan moto abah aku, air
dah mula naik di sekolah SK Suria 2 dan masa tu semua orang mungkin dah boleh
agak air akan terus naik. That’s why kebanyakan orang yang masih belum ada
tempat untuk berpindah terus ke SMKDPR1.
Sebelum aku tamatkan entri
kali ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada 2 orang hamba Allah
yang aku tak kenal pun sanggup hulurkan bantuan untuk buang air yang telah
masuk ke dalam ekzos moto dan akhirnya moto tu selamat dihidupkan. Terima
kasih. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Enti ini akan bersambung. Maaf
di atas kesulitan.
Next entri akan
menceritakan bagaimana aku dan adik aku Hanis terputus hubungan dengan
keluarga?
Wassalam
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
ya allah dayah.. tak tahu pulak dayah ade kt kelantan time tu.. huhu.. jap nk baca next part plak..
ReplyDeletekebetulan dayah balik sebab nak habiskan anual leave. tu yang balik. huhu
Delete