Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Eh, dah wish selamat malam ni macam dah nak
tidur kan. Tu lah. Bila tengok jam ni 11 lebih dah. Patutnya ni waktu tidur dah
kan. Tapi disebabkan aku rasa tetibe plak semnangat nak menaip entri di blog
ni, lantas gigih jari jemari yang montel ini berlari-lari anak di atas
keyboard. Jangan la nak memanjang sangat introduction tuh.
As I mentioned before, banyak sangat perkara
yang ingin dikongsikan bersama tentang banjir tempoh hari. Tapi ingat, readers
kena baca entri di bawah terlebih dahulu sebelum baca entri ni. Sebab entri
kali ini adalah sambungan dari entri sebelumnya. Kalau dah baca, no problem.
TARIKH: 27 Disember 2014
Bila kita stay ramai-ramai di satu tempat tu, of
course and for sure we can looks variety of people’s characters. Ambil
kesempatan macam mana tu yang aku maksudkan dalam entri sebelum ni? Tika hari 1
& 2, kami masih mempunyai bekalan makanan namun bila masuk hari ke 3
bekalan makanan makin berkurang. Salah seorang dari mangsa banjir which is we
called her as ‘ketua’, kumpulkan kami (salah seorang wakil keluarga/kelas; kami
kan stay dalam kelas kat sekolah tu) memaklumkan bahawa bekalan makanan tiada.
Dan kalau ada pun memang tak cukup untuk tampung kami semua mangsa banjir di
situ.
Pada hari tersebut, kami semua ramai-ramai
menuju ke Pasar Besar Tanah Merah. Alhamdulillah, even pihak berwajib sendiri
benarkan untuk kami ambil makanan di pasar tersebut. Lagipun, it just for
survival. Maka, beberapa orang mangsa ni ambil la makanan seperti beras, buah,
keropok segera dan sebagainya untuk dimasak dan dimakan bersama. Itu cerita
orang yang bertanggungjawab. Masa nilah ada beberapa orang yang bagi aku sangat
tak patut sikapnya telah ‘mencuri’ makanan secara berlebihan melalui pintu yang
tidak dibenarkan oleh pihak berwajib (closed gate).
Bercakap pula mengenai bekalan makanan, aku
sebagai mangsa banjir yang merasai dan melihat beberapa perkara berlaku di
depan mata, bekalan makanan sebenarnya telah disalurkan kepada kami oleh pihak
TUDM dan PDRM. Ini yang aku tengok lah. Mungkin ada juga pihak lain yang juga
telah salurkan makanan tersebut. Tapi kenapa ada kes makanan tak cukup.
Nonsense!! Bila orang kata ada pihak yang sorok, marah orang balik. Hakikatnya,
kenapa nak marah kalau kau tak buat? Biarkan orang begini senang di dunia
kerana mungkin dia masih belum sedar akhirat adalah real.
Bagaimana pula kami hidup tanpa air?
TARIKH: Sepanjang banjir
Tidak dinafikan sama sekali, air adalah sumber
terpenting untuk hidup. Minum, masak, wuduk, basuh air besar, basuh air kecik,
mandi dsbnya. Korang cuba bayangkanlah, dengan makan makanan yang belum
terjamin kebersihannya, kemungkinan besar ramai orang yang terkena cirit birit.
Masa tu keadaan tandas tak dapat nak ceritakan. Mostly mangsa banjir semuanya
dah besar panjang. Tapi masih tak reti nak cari penyelesaian. Sampaikan bila
satu tahap tak boleh tahan sangat dah dengan bau, nasib baik ada insan-insan yang
sanggup untuk membasuh tandas-tandas yang digunakan menggunakan air banjir. At
least hilang bau tu. Satu lagi perihal sampah sarap. Bila dah dalam keadaan
darurat macam tu, bagi aku masa tu lah kita semua kena pakat jaga kebersihan.
Ni, main campak je sampah-sampah. Menggunung sampah. Takkan tu pun nak ajar.
Allahuakbar. Masyarakat kita tu.
Jujur aku katakan, pada waktu tu aku dan
beberapa orang yang ada disitu, mostly takut dah pada hujan lebat TAPI pada
masa yang sama kami perlukan air bersih. Kami perlukannya untuk berwuduk dan
mandi. Hanya untuk bersihkan badan dan untuk solat dalam keadaan suci. Yakinlah
pada Allah. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Segala yang Dia jadikan
adalah yang terbaik untuk hambanya. Alhamdulillah, dengan air hujan tersebut
kami dapat membersihkan badan, berwuduk serta membasuh bahan-bahan perkumuhan.
Manakala untuk minum pula, alhamdulillah sumbangan air mineral kami gunakan
sebaik dan sejimat mungkin. YAKINLAH PADA ALLAH.
Sujudlah kepadaNYA. Pencipta kita semua dan pemilik
alam ini. Seperti yang telah aku nyatakan dalam entri sebelum ini juga, mungkin
perkara ini merupakan salah satu sebab mengapa bencana ini berlaku kepada kita.
Maaf aku pohon. Kerana kita leka, kerana kita ego, kerana kita sombong, kerana
kita bongkak dan kerana kita berlagak. Mengapa aku katakana sedemikian,
rata-rata antara kita lupa untuk sujud kepadaNYA. Wahai manusia, sedangkan kau
marah bila kau tolong orang dan orang yang kau tolong tu tak berterima kasih
malah ada yang bersikap lebih jahat pada engkau setelah kau menolongnya. Tuhan
kita dah bagi kita keselesaan, kebahagiaan dan kesenangan. Namun, kita semua
lupa. Sedarlah. Aku juga hambaNya yang jahil, hina. Aku seru, ayuhlah sama-sama
kita kembali kepadaNya sebelum terlambat. Semua yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Solatlah. Hanya 5 waktu sehari semalam. YAKIN pada Allah.
Cukuplah entri kali ini berakhir disini.
InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa lagi untuk aku share beberapa tips
sebagai langkah persediaan banjir. Mohon maaf andai dalam entri ini ada teremo
dan ada menyinggung perasaan sesiapa. Mohon maaf.
Wassalam.
Thanks for reading this blog.
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!