Assalamualaikum dan selamat
petang.
10 minit je lagi nak balik
keje tapi sempat curi masa nak post satu entri kat blog. I just want to share
my feel right now when this morning one of my officer told me about contract
staff status which is to be ended.
Sedih. Sure. Sedih sangat.
Yes, nak kata berharap sepenuhnya tu tidak. Tapi memandangkan peluang pekerjaan
sekarang memang susah nak dapat sedih sangat. Fikirkan pasal keluarga,
komitmen, kawen semua. Buat masa skang ni soal kawen memang saya dah tolak tepi
sungguh2. Biarlah. Takde masa nak fikir yang tu.
2 hari lepas salah sorang
officer unit lain ada call and was asked about kenapa lama sangat saya kontrak
kat frim. Xde cari keje lain ke? Kecik hati taw tak dengar soalan tu. Mana
mungkin saya tak cari kerja lain. Macam-macam saya dah apply. Ye la, saya
mengaku tak sebanyak lepas habis degree dulu apply. Ada masa ke nak mengadap
jawatan kosong lama-lama. Dengan komitmen kerja lagi.
Esok saya sambung nak
balik dulu. Sedih.
Assalamualaikum dan salam
Jumaat readers.
Ada 2 salam dalam satu
entri sebab semalam saya ada kata nak sambung post ni. Saya balik awal semalam
tu pun sebab dah janji ngan kawan nak g pasar malam. Kalau tak, sanggup je
sambung entri ni dek kerana kesedihan melampau. Malam tadi pun asyik terfikir
sampai tidur pon lambat. Kalau cerita ngan orang, tak semua orang akan faham
perasaan kita dan tak semua orang nak dengar cerita kita. That’s why saya pilih
blog ni untuk saya share.
Cerita pasal ada salah
sorang officer yang call ofis saya kata tak apply keje bagai tu kan. Bukan tak
nak apply, macam saya cakapla komitmen keje 8 hingga 5pm. Berapa hari sangat je
dalam setahun boleh balik sharp. Itu satu hal. Pastu, satu hal lagi jawatan
kosong sekarang banyak. Tapi bila bukak tak de. Iklan penipu. Okaylah. Saya memang
dah serik untuk apply keje gaya gini. Lepas ni, insyaALLAH usaha perlu lebih
keras. Hendak seribu daya. Seribu kalikan daya itu. InsyaALLAH.
Ada beberpa perkara
sebenarnya pihak kerajaan perlu berbincang terutama sekali bab penjawatan di
sektor awam. Memang betul kita dah tak boleh berharap dengan kerajaan. Betul la
tu. Cuma sekarang ni saya nak tanya. Kita nak system kerajaan lebih cepat,
membantu dan memudahkan kerja kita kan? So, kalau kerajaan sendiri masih di
takuk lama tak ke mana jugak. Kita jugak yang akan marah. Berapa ramai penjawat
awam yang dah berumur 50 tahun ke atas adalah celik IT? Mungkin golongan ini
hanyalah dalam kalangan sokongan tapi jangan terkejut andai ada juga
diperingkat professional. Realiti okay. Org2 macam ni akan guna generasi baru
ni untuk kerja-kerja mereka. So, nampak sangat generasi baru memang sangat
diperlukan. Tolonglaaa. Generasi muda pon boleh buat kerja. Ada idea yang lebih
bernas. Cuma tak diberi peluang untuk dorang curahkan idea dan tenaga dorang.
Entahlah. Nak tulis lebih-lebih kang teremo plak.
Cukuplah dulu untuk pagi
ni. Post Bicara Jumaat akan menyusul.
Thanks for reading.
Wassalam
sy pernah keje frim..kontrak jgk..tp x lama..sebulan lebih..sb ckp lain dapat keje lain..kuar masuk hutan hari2..berpanas2 hari..tak tahan berhenti terus..tp sy masih duduk dkt2 dgn frim..kdg2 masuk frim pg brkfast..
ReplyDeleteYeke? awak dapat jawatan apa? bawah unesco atau hutan asli? selalunya 2 unit ni yg kerap masuk hutan. so, skang awak keje area sini jugak ke?
Delete