GENG KITO

Orang Nengok

October 23, 2013

Our last trip PART II

Assalamualaikum & hai!


Kat sini lah tempat yang kami nak tuju sebenarnya. Kena naik bot okay nak pergi sini. Bukit merah ni menempatkan orang utan yang semakin hari semakin nak pupus spesiesnya. Jadi, langkah kerajaan mewujudkan tempat perlindungan orang utan bagi melindungi orang utan yang masih lagi wujud.


 99% DNA orang utan adalah hampir sama dengan manusia. Wow! Tapi, jangan ingat manusia ni berasal dari monyet macam Teori Darwin tu kan. Hohoho.. Kita kan ada Al-Quran dimana ada menceritakan asal-usul manusia sebenarnya. Usah ragu dengan kebenaran Al-Quran kerana kesahihannya tidak dapat disangkal. J

















Ini adalah ICU. Konsepnya macam ICU kita jugak, iaitu Unit Rawatan Rapi yang mana menempatkan bayi Orang Utan yang dilahirkan tidak cukup bulan. Cara penjagaannya pun lebih kurang sama dengan manusia. Unik kan.

Orang utan pun ada surat beranak jugak tuu.. Teruja! Sebab baru tahu.. =.=!


Okay guys! Guess who is this (Gambar dibawah)? 


BJ!!

Now, korang perasan tak pipi BJ ni terlondeh panjang sangat. Pipi tu menunjukkan betapa hebatnya BJ ni. Pipi orang utan akan makin terlondeh bila dia memenangi satu pertandingan bagi menujukkan kehebatan masing-masing. Cam pertandingan gusti gitu.. tak pun WWF.. :P Yang menang akan bertambah kelondehan pipi tersebut , manakala yang kalah terus mati di tempat kejadian ataupun mengalami kemurungan dan akhirnya juga mati. Terlondehnya pipi tu disebabkan satu hormon. Hormon apa tu aku tak pasti,. Samada pegawai kat situ terlupa nak cakap atau aku yang terpegun sangat ngan BJ sampai hilang info tu. Info ni dapat dari pegawai kat situ jugak. Huhuhu.. BJ ni adalah orang utan yang paling lama menginap dekat sini. Kiranya cam ketua la. Umur BJ 28 tahun sudah. Lagi lama hidup dari aku. Hahaha





To be continue again.. hehe.. 

Wassalam 



No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!