Assalamualaikum
& hello guys!
Cuaca
di Bangi sejak dua menjak ni petang konfem hujan berserta dengan guruh. Lebih
parah lagi ada guruh, ada petir. Macam faham je perasaan aku yang tak viva lagi
ni kan. sedih dan jelous bila tengok kawan-kawan semua nak prepare untuk
binding hard cover dah. Huhu. Dugaan dugaan~
Dalam
3 minggu lepas, kalau aku tak silap. Ada terbaca satu majalah ni. tapi
malangnya lupa majalah apa. Lupa tu tak pe, yg penting aku sempat snap apa yang
aku nak share dengan korang semua. Haha :D :D.
Back
to the topic.
“Parahnya
menanggung rasa pedih kerana tak lagi bersama si dia. Eceh! Macam pernah lalui je kan. Pengalaman post break up berikut wajar
dijadikan tauladan.”
Kisah 1: “ Saya pernah dapatkan nombor telefon baru
untuk hantar mesej kepadanya. Saya nak lihat jika dia sudi layan atau tidak.
Tapi bila dia layan mesra , saya pula yang sakit hati”
Nampak
sangat lelaki jenis ni lelaki tak reti nak setia. Layan je. Grr~
Kisah 2: “ Selepas putus hubungan, bekas teman lelaki
ganggu saya selama sebulan dengan menggunakan nombor lain. Saya pasti dia
dalangnya, tapi bila ditanya mati-matian dia tak nak mengaku. Tapi lama
kelamaan dia sendiri yang terkantoi”.
Aiyoo..
lelaki jenis ni plak lelaki ego. Ada perasaan lagi tapi tak nak ngaku plak.
Kisah 3: “Layan lagu jiwang berulang kali sambil
menangis. Berpuluh kali ulang lagu sama. Bila diingatkan kembali. Aduhai,
memang menggelikan hati.”
Hakikatnya,
tak perlu menangis kerana laki tak guna. Hahaha.
Kisah 4: “ Perkara paling bodoh saya pernah kelar
tangan hingga berdarah, kemudian ambil gambar dan hantar kepadanya. Sampai
sekarang ada parutnya.”
Okay.
Nauzubillah. Jangan la buat benda-benda macam ni. Yang sakitnya diri sendiri.
Tak pasal-pasal ada parut kan. kurang wang hantaran.
Kisah 5: “ Bila dapat tahu dia dah ada teman wanita
baru saya buka akaun Facebook yang lain semata-mata nak lihat sendiri siapa
gadis itu. Tapi lama kelamaan saya yang frust menonggeng sebab tengok gambar
bahagia mereka termasuk ayat manja mereka berdua. Alahai…”
Gigih
buat akaun fb baru. Emm, lastly kita jugak yang frust menonggeng kan. Redhalah
kalau dia bukan jodoh kita. J
That’s
all. Aku feeling doktor cinta sangat buat entri ni. hahahaha. Whatever
la. Yakinlah jodoh yang ALLAH tetapkan untuk kita itu adalah jodoh
yang terbaik.
Enjoy
your reading. Wassalam.
Sumber:
Majalah aku tak ingat. L
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!