GENG KITO

Orang Nengok

January 19, 2015

Tips menghadapi banjir

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Aku doakan semoga semuanya sihat walfiat semua. Sekarang ni kalau di Kuala Krai dengar beritanya mengalami musim sejuk luar biasa ye. Semoga ALLAH memelihara kalian. InsyaALLAH, segala dugaan yang diberikan pasti ada hikmahnya.

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini (klik SINI untuk membaca), suka aku nak kongsikan kepada semua beberapa tips menghadapi banjir. Maksudnya dari segi persediaan sebelum banjir.



1.     Bila air di depan rumah anda mula naik, jangan sesekali melengahkan masa lagi. Jangan dok expect air tak kan naik tinggi. Fikir je air tu akan naik tinggi walaupun tak pernah ada sejarah pon kawasan tempat tinggal anda dinaiki air. Sama macam rumah aku la, mana pernah naik air. Sekali bila naik, emmm terus sampai bumbung.

2.    Pertama sekali ambil Al-Quran letak dalam beg siap2. Serta telekong dan sejadah. Sebab apa? Sebab nanti nak pindah senang.

3.    Ambil semua dokumen (sijil kelahiran, i/c, geran tanah, kereta, motosikal, sijil-sijil sekolah, ijazah dan seangkatan dengannya) juga diletakkan dalam beg. Letak semua satu tempat dulu.

4.    Ambil handbag dan jangan sesekali juga lupa barang2 berharga seperti barang kemas atau apa2 yg dikira berharga. Dalam handbag letak terus handphone, chargers, powerbank (*jika ada). Juga letak di satu tempat yang sama dengan item no 2, 3.

5. Kemas beberapa helai pakaian, tuala, selimut, bantal dan tikar/toto. Kalau yang ada baby/anak kecil sila pastikan anda bawa pampers banyak2 juga ya. Bagi aku letak terus dalam bagasi besar. Boleh muat banyak. Jangan expect air tak cecah rumah. Again, aku nasihatkan. Ingat taw, kumpulkan setempat barang-barang yang dikemas tadi.

6.    Kalau tak pindahkan lagi kereta, motosikal, pergi dulu pindahkan kenderaan tersebut. Letak di tempat yang lebih tinggi. Jangan lupa plak untuk kunci kenderaan tu demi keselamatan, Terus letak tempat tinggi.

*yang lelaki boleh pindahkan kenderaan, yang perempuan boleh kemas, prepare apa yang aku nyatakan dalam item no 2, 3, 4, 5 tu.

7. Tutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

8. Pindahkan/angkat perabot dan barang-barang elektrik ke tempat yang tinggi. Hanya untuk barang-barang yang boelh diangkat sahaja.

9. Pastikan semua pintu almari dikunci.

10. Kira berapa jumlah beg yang telah disiapkan dan dikumpulkan tadi. Siap sedia untuk mengangkat semuanya ke pusat pemindahan banjir.

11. Pastikan semua ahli keluarga anda bersama. Boleh angkat barang-barang tu sama-sama.
12. Pastikan tingkap dan pintu rumah ditutup rapat serta dikunci.  

13. Berpindah awal sebelum air banjir meningkat dan berpindahlah pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Kalau pindah awal, insyaALLAH kita mampu untuk angkat semua barang-barang yang disiapkan tu. Percayalah. Semuanya kena bertindak cepat dan pantas.

14. Bila dah sampai di pusat pemindahan banjir, sila daftar terlebih dahulu dan tinggallah di dalam kelas (*kalau stay di sekolah) yang tinggi. Kemungkinan untuk air menenggelamkan aras 1 adalah tinggi.

15. Sekali lagi kira kembali jumlah beg yang telah dibawa dan pastikan ahli keluarga bersama.

Tips di atas berdasarkan pengalaman aku sebagai mangsa banjir. Aku tak sempat buat semua tu sebab pada mulanya ada timbul kenyataan tak mungkin naik air. Itu salah kami. 

Tips, panduan dan langkah menghadapi banjir yang tepat boleh dirujuk di SINI. Sumber dari Jabatan Penerangan Malaysia.




Thanks for reading this entry. Semoga dapat kita manfaatkannya bersama.

Wassalam.

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501




January 18, 2015

Ceritera banjirku 5

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Eh, dah wish selamat malam ni macam dah nak tidur kan. Tu lah. Bila tengok jam ni 11 lebih dah. Patutnya ni waktu tidur dah kan. Tapi disebabkan aku rasa tetibe plak semnangat nak menaip entri di blog ni, lantas gigih jari jemari yang montel ini berlari-lari anak di atas keyboard. Jangan la nak memanjang sangat introduction tuh.

As I mentioned before, banyak sangat perkara yang ingin dikongsikan bersama tentang banjir tempoh hari. Tapi ingat, readers kena baca entri di bawah terlebih dahulu sebelum baca entri ni. Sebab entri kali ini adalah sambungan dari entri sebelumnya. Kalau dah baca, no problem.


TARIKH: 27 Disember 2014
Bila kita stay ramai-ramai di satu tempat tu, of course and for sure we can looks variety of people’s characters. Ambil kesempatan macam mana tu yang aku maksudkan dalam entri sebelum ni? Tika hari 1 & 2, kami masih mempunyai bekalan makanan namun bila masuk hari ke 3 bekalan makanan makin berkurang. Salah seorang dari mangsa banjir which is we called her as ‘ketua’, kumpulkan kami (salah seorang wakil keluarga/kelas; kami kan stay dalam kelas kat sekolah tu) memaklumkan bahawa bekalan makanan tiada. Dan kalau ada pun memang tak cukup untuk tampung kami semua mangsa banjir di situ.

Pada hari tersebut, kami semua ramai-ramai menuju ke Pasar Besar Tanah Merah. Alhamdulillah, even pihak berwajib sendiri benarkan untuk kami ambil makanan di pasar tersebut. Lagipun, it just for survival. Maka, beberapa orang mangsa ni ambil la makanan seperti beras, buah, keropok segera dan sebagainya untuk dimasak dan dimakan bersama. Itu cerita orang yang bertanggungjawab. Masa nilah ada beberapa orang yang bagi aku sangat tak patut sikapnya telah ‘mencuri’ makanan secara berlebihan melalui pintu yang tidak dibenarkan oleh pihak berwajib (closed gate).

Bercakap pula mengenai bekalan makanan, aku sebagai mangsa banjir yang merasai dan melihat beberapa perkara berlaku di depan mata, bekalan makanan sebenarnya telah disalurkan kepada kami oleh pihak TUDM dan PDRM. Ini yang aku tengok lah. Mungkin ada juga pihak lain yang juga telah salurkan makanan tersebut. Tapi kenapa ada kes makanan tak cukup. Nonsense!! Bila orang kata ada pihak yang sorok, marah orang balik. Hakikatnya, kenapa nak marah kalau kau tak buat? Biarkan orang begini senang di dunia kerana mungkin dia masih belum sedar akhirat adalah real.

Bagaimana pula kami hidup tanpa air?

TARIKH: Sepanjang banjir
Tidak dinafikan sama sekali, air adalah sumber terpenting untuk hidup. Minum, masak, wuduk, basuh air besar, basuh air kecik, mandi dsbnya. Korang cuba bayangkanlah, dengan makan makanan yang belum terjamin kebersihannya, kemungkinan besar ramai orang yang terkena cirit birit. Masa tu keadaan tandas tak dapat nak ceritakan. Mostly mangsa banjir semuanya dah besar panjang. Tapi masih tak reti nak cari penyelesaian. Sampaikan bila satu tahap tak boleh tahan sangat dah dengan bau, nasib baik ada insan-insan yang sanggup untuk membasuh tandas-tandas yang digunakan menggunakan air banjir. At least hilang bau tu. Satu lagi perihal sampah sarap. Bila dah dalam keadaan darurat macam tu, bagi aku masa tu lah kita semua kena pakat jaga kebersihan. Ni, main campak je sampah-sampah. Menggunung sampah. Takkan tu pun nak ajar. Allahuakbar. Masyarakat kita tu.

Jujur aku katakan, pada waktu tu aku dan beberapa orang yang ada disitu, mostly takut dah pada hujan lebat TAPI  pada masa yang sama kami perlukan air bersih. Kami perlukannya untuk berwuduk dan mandi. Hanya untuk bersihkan badan dan untuk solat dalam keadaan suci. Yakinlah pada Allah. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Segala yang Dia jadikan adalah yang terbaik untuk hambanya. Alhamdulillah, dengan air hujan tersebut kami dapat membersihkan badan, berwuduk serta membasuh bahan-bahan perkumuhan. Manakala untuk minum pula, alhamdulillah sumbangan air mineral kami gunakan sebaik dan sejimat mungkin. YAKINLAH PADA ALLAH.

Sujudlah kepadaNYA. Pencipta kita semua dan pemilik alam ini. Seperti yang telah aku nyatakan dalam entri sebelum ini juga, mungkin perkara ini merupakan salah satu sebab mengapa bencana ini berlaku kepada kita. Maaf aku pohon. Kerana kita leka, kerana kita ego, kerana kita sombong, kerana kita bongkak dan kerana kita berlagak. Mengapa aku katakana sedemikian, rata-rata antara kita lupa untuk sujud kepadaNYA. Wahai manusia, sedangkan kau marah bila kau tolong orang dan orang yang kau tolong tu tak berterima kasih malah ada yang bersikap lebih jahat pada engkau setelah kau menolongnya. Tuhan kita dah bagi kita keselesaan, kebahagiaan dan kesenangan. Namun, kita semua lupa. Sedarlah. Aku juga hambaNya yang jahil, hina. Aku seru, ayuhlah sama-sama kita kembali kepadaNya sebelum terlambat. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Solatlah. Hanya 5 waktu sehari semalam. YAKIN pada Allah.





Cukuplah entri kali ini berakhir disini. InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa lagi untuk aku share beberapa tips sebagai langkah persediaan banjir. Mohon maaf andai dalam entri ini ada teremo dan ada menyinggung perasaan sesiapa. Mohon maaf.

Wassalam.

Thanks for reading this blog.

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501




January 15, 2015

Ceritera banjirku 4

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat petang readers.

InsyaAllah, entri kali ini aku cuba ringkaskan.
p/s : Baca kisah banjir1, kisah banjir  2 dan kisah banjir 3 sebelum baca entri ini. Sebab takut tak faham.

Tarikh: 25 Disember 2014
Masa tu buat kami semua dah buntu. Dah la semua sehelai sepinggang. Lepas tu, terpisah pula dengan family masing-masing. Sempat juga share dan dengar cerita mangsa banjir yang lain. Memang benar, semua orang tak expect air akan naik setinggi itu dan naik pula secara mendadak. Macam-macam spekulasi aku dengar. Tapi tiada siapa yang mampu untuk memberi asbab yang benar. Dan kami juga sempat melihat bagaimana orang kampung sekitar kawasan tersebut masing-masing ingin menyelamatkan haiwan ternakan mereka (kebanyakan kucing dan ayam serama). Aku dapat rasakan kasih sayang mereka semua.

Kebetulan jiran aku berborak pula dengan satu keluarga ni. Isterinya datang dari Pasir Mas ke Bandar Baru Tanah Merah kerana ingin mengambil anaknya yang berusia 9 bulan (if I’m not mistaken). Anak dia stay dengan suami dia. Disebabkan tahu paras air akan meningkat dia sanggup datang bersama ayahnya, seorang adik llk berusia belasan tahun dan seorang adik perempuan berusia 10 tahun. Tahu tak macam mana dia datang sedangkan semua jalan dah tutup. Even, Pasir Mas pun banjir time tu. Dia park kete dia kat stesen keretapi Tanah Merah dan hanya berjalan kaki menggunakan laluan keretapi untuk ke Bandar Baru tanah Merah. Dipendekkan cerita, kami pun decide nak follow dia untuk balik ke keluarga kami yang berada di SMKDMPR1.

Tiada apa difikiran kami sepanjang perjalanan tersebut. Hanya ingat antara hidup dan mati sahaja. Jarak perjalanan lebih kurang 5-10 minit jika menggunakan kenderaan. Kalau tak silap aku ada la kot dalam 4-5 km. Kami memang hanya menggunakan laluan keretapi. Lagipun stesen keretapi Tanah Merah memang betul-betul berada di belakang SMKDMPR1 tu. Ada kawasan yang tiada langsung air naik, ada kawasan yang paras air sehingga buku lali (keadaan air tenang) dan ada juga kawasan yang paras air sehingga lutut (keadaan arus sangat deras).

Masa paras air sehingga buku lali tu, betapa banyaknya anak ular (xpasti ular apa. Tapi orang kata ular kapak) sepanjang lebih kurang 10cm dan lipan yang bewarna merah hitam (pelbagai saiz). Jujur, masa tu dalam kepala aku fikir mati. Sebab kalau kena bite, tiada siapa yang nak tolong dalam keadaan macam tu. Aku boleh nyatakan lebih dari 10 ekor. Kalau ada antara kami yang terlanggar rail tersebut, maka lagi banyak binatang-binatang bisa tu akan keluar. Korang mmesti tahu la kan, macam mana saiz batu kat rail keretaapi tu. Dah la adik aku Hanis tu g kerja pakai heel. Memang tambah lagi la masalahnya. Dia pegang je sandle dia dan kami bertiga akan tukar-tukar selipar sepanjang perjalanan. Kami akan tukar di kawasan yang arusnya deras sebab kalau yang takat buku lali tu konfem kena bite. Lagi parah, bila selipar jepun aku plak putus bila berjalan dalam arus yang deras. Huhhh!!! Memang masa tu rasa nak nangis je. Tapi disebabkan nak jumpa family, teruskan juga. Memang pada mulanya, akulah yang membantah cadangan untuk follow akak tu balik sebab dia dah maklum awal-awal halangan yang akan kami tempuhi.

Satu lagi pengalaman yang sangat menakutkan bagi aku sepanjang perjalanan tu, kami terpaksa melalui jejantas rail keretapi.. Ni gambarnya.




Tapi, masa kami lalu tu air baru je cecah jejantas tu. Tak de la air setinggi dalam gambar tu. Untuk pengetahuan, di bawah jejantas tu adalah sungai. Sebab tu dalam gambar tu korang nampak air deras. Macam tu lah keadaan derasnya air masa aku lalu. Sepanjang perjalanan kami, kami hanya nampak bumbung rumah dan tip pokok pisang sahaja. Allahuakbar. Allah Maha Besar. Dengan kekuasaanNya semua ini berlaku. Sebelum ni, aku tengok dalam tv, bila depan mata. Hanya Allah yang tahu.

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai lebih kurang jam 4.00 petang. Bertolak lebih kurang jam 1.00 petang. Maksudnya 3 jam jugalah kami tempuh semua tu. Dan orang yang pertama aku nampak ialah abah aku yang berada di pintu belakang asrama sekolah tersebut. Apa lagi, aku jerit sekuat hati. Nak bagitahu kami selamat. Aku bersyukur juga sebab abah aku sempat ke pusat pemindahan banjir sebelum paras air melepasi kepalanya pada 24 Disember 2014 tu. Dia bersama 2 lagi jiran aku. Masa aku jerit tu, memang aku nangis. Semua orang yang ada kat situ pandang aku. Aku rasa survival sangat dan saat tu aku bersyukur sangat sebab ALLAH masih panjangkan umur kami semua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH kerana bagi kami peluang.

Dalam perjalanan menuju ke kelas dimana penempatan keluargaku yang lain, alhamdulillah ada hamba ALLAH yang bagi kami 3 tin biskut untuk dikongsi bersama mangsa banjir lain. Terima kasih semua. Paras air di kawasan sekolah tersebut adalah paras pinggangku. Dimana level 1 sekolah tu memang tak boleh duduk dah. Semua mangsa banjir tinggal di level 2 dan 3 sekolah sahaja. Akhirnya, alhamdulillah kami semua jumpa keluarga masing-masing. Alhamdulillah.

Kalau nak diikutkan banyak lagi aku nak share tentang pengalaman aku. Banyak sangat. Dari sikap manusia yang ambil kesempatan, bagaimana kami survive tanpa air bersih dan mungkin juga ada sedikit sebab aku tahu mengapa ujian ini diturunkan kepada kami sehebat ni. Jika diizinkan ALLAH akan ada entri berikutnya tentang perkara-perkara tersebut. Suka juga aku nak kongsikan tips menghadapi banjir. Maksudnya kalau banjir apa nak kena buat. InsyaALLAH. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Wassalam.
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501