Assalamualaikum
dan salam Jumaat readers.
Since
saya mula aktif balik ber’blog’ ni, tak pernah lagi post slot Bicara Jumaat.
So, today my simple post on Bicara Jumaat slot.
Pagi tadi
saya ada dengar ceramah seorang ustaz di TV9. Maaf, saya tak pasti siapa nama
ustaz itu. Lebih kurang jam 7.20 pagi.
Mohon maaf atau memaafkan?
“Mohon maaf atau mohon ampun, pintalah dari
ALLAH swt manakala memaafkan adalah perkara yang sangat dituntut oleh agama
jika sesama manusia”.
Jika
orang buat baik dibalas baik itu adalah FITRAH
Jika
orang buat jahat dibalas jahat itu adalah DENDAM
Jika
orang buat baik dibalas jahat itu adalah KEJAM
Jika
orang buat jahat dibalas baik itu adalah SUNNAH
Memang
selalu sahaja kita dengar atau kita sendiri yang pernah cakap saya boleh
maafkan tapi luka tetap ada. Even saya sendiri pun pernah cakap macam tu. Ustaz
tu ada juga kata kalau orang yang buat jahat pada kita ni, kita balas baik dan
kita sayang lagi bagus. InsyaALLAH, hati kita akan tenang. Dan ALLAH akan
memberi cahaya di sana nanti.
Jagalah
hati dan selamat beramal!
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!