Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat..
Post ini adalah
ditujukan khas untuk Allahyarham Wak Sani Miran.
Wak, saya tahu Wak
dah tak boleh baca. Tapi sekurang-kurangnya saya amat berharap ada followers
saya di blog ni akan sedekahkan Al-Fatihah kepada Wak.
Wak, 14 September
2016 saya terima berita mengenai Wak telah dimasukkan ke dalam ICU. Keadaan Wak
masa tu kritikal. Katanya Wak pengsan. Sebelum ni, Wak selalu mengadu sakit
kepala. Tapi Wak tak pergi check. Wak nak tahu tak, saya pun macam Wak. Saya
kerap sakit kepala. Kalau kena panas terik je sakit kepala. Ataupun ngadap
computer/handphone lama-lama pun sakit kepala. Tapi kita sama Wak. Tak ke
hospital untuk check.
Wak, saya nak mohon
maaf ngan Wak. Saya tahu Wak dah tak boleh maafkan saya. Sebab saya tahu Wak
dah takde. 17 September 2016 Wak tenang menghadap Illahi. Wak, saya terkilan
sangat. Saya dah plan saya akan lawat Wak di hospital. Saya akan bagitahu Wak
yang saya dah tunang. Sebab itu yang Wak tunggu jugak kan. Wak selalu tanya
saya bila Dayah nak kawen. Sebab Wak nak datang, Wak nak sangat tengok saya
kawen. Tapi saya rahsiakan yang saya dah bertunang dengan Wak. Kalau Wak tahu
kenapa saya rahsiakan mesti Wak tak marah saya. Wak, maafkan saya. Saya pun nak
Wak datang masa majlis nanti.
Wak, benda ni lagi
saya terkilan. Wak ada pm saya di fb. Wak mintak saya belikan 2 buku guna harga
staf FRIM. Tapi saya lengahkan Wak. Lengahkan sebab saya tak pergi UKM.
Kononnya saya busy. Wak, saya memang nak belikan untuk Wak tapi saya salah Wak.
Saya tangguhkan benda tu Wak. Wak, kalaulah saya beli terus dan hantar terus
pada Wak, mesti Wak dapat siap banyak kerja kan Wak. Wak, saya berdosa sangat
dengan Wak. Wak, insyaALLAH saya akan belikan buku tu. Saya akan bagi pada UKM
untuk rujukan. InsyaALLAH Wak. Saya akan buat buku tu atas nama Wak.
InsyaALLAH.
Wak, sebenarnya masa
Wak pm saya di fb untuk beli buku tu dan masa saya tangguhkan untuk beli buku
tu, hati saya ada rasa. Rasa yang mengatakan mungkin masa Wak dah tak lama.
Tapi saya cuba untuk tepis rasa tu. Sebab saya tak nak kehilangan Wak. Rupanya,
perkara ni betul2 berlaku. Masa Wak dah tiba. Tak sempat saya nak jumpa Wak
lepas grad. Tak sempat saya nak belanja Wak makan. Sebab Wak selalu belanja
saya makan. Tak sempat saya nak balas budi Wak. Wak banyak sangat tolong saya.
Hanya ALLAH yang mampu membalas budi Wak.
Wak, saya doakan
semoga Wak tenang di sana. Semoga Wak bersama para syuhada’ dan bersama
bidadari syurga. Wak, damailah~~
Yang akan terus
merindui dan mengingatimu
Hidayah
Wassalam
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!