GENG KITO

Orang Nengok

October 27, 2016

Sedih sangat :(

Assalamualaikum dan selamat petang.

10 minit je lagi nak balik keje tapi sempat curi masa nak post satu entri kat blog. I just want to share my feel right now when this morning one of my officer told me about contract staff status which is to be ended.


Sedih. Sure. Sedih sangat. Yes, nak kata berharap sepenuhnya tu tidak. Tapi memandangkan peluang pekerjaan sekarang memang susah nak dapat sedih sangat. Fikirkan pasal keluarga, komitmen, kawen semua. Buat masa skang ni soal kawen memang saya dah tolak tepi sungguh2. Biarlah. Takde masa nak fikir yang tu.

2 hari lepas salah sorang officer unit lain ada call and was asked about kenapa lama sangat saya kontrak kat frim. Xde cari keje lain ke? Kecik hati taw tak dengar soalan tu. Mana mungkin saya tak cari kerja lain. Macam-macam saya dah apply. Ye la, saya mengaku tak sebanyak lepas habis degree dulu apply. Ada masa ke nak mengadap jawatan kosong lama-lama. Dengan komitmen kerja lagi.

Esok saya sambung nak balik dulu. Sedih.

Assalamualaikum dan salam Jumaat readers.

Ada 2 salam dalam satu entri sebab semalam saya ada kata nak sambung post ni. Saya balik awal semalam tu pun sebab dah janji ngan kawan nak g pasar malam. Kalau tak, sanggup je sambung entri ni dek kerana kesedihan melampau. Malam tadi pun asyik terfikir sampai tidur pon lambat. Kalau cerita ngan orang, tak semua orang akan faham perasaan kita dan tak semua orang nak dengar cerita kita. That’s why saya pilih blog ni untuk saya share.

Cerita pasal ada salah sorang officer yang call ofis saya kata tak apply keje bagai tu kan. Bukan tak nak apply, macam saya cakapla komitmen keje 8 hingga 5pm. Berapa hari sangat je dalam setahun boleh balik sharp. Itu satu hal. Pastu, satu hal lagi jawatan kosong sekarang banyak. Tapi bila bukak tak de. Iklan penipu. Okaylah. Saya memang dah serik untuk apply keje gaya gini. Lepas ni, insyaALLAH usaha perlu lebih keras. Hendak seribu daya. Seribu kalikan daya itu. InsyaALLAH.

Ada beberpa perkara sebenarnya pihak kerajaan perlu berbincang terutama sekali bab penjawatan di sektor awam. Memang betul kita dah tak boleh berharap dengan kerajaan. Betul la tu. Cuma sekarang ni saya nak tanya. Kita nak system kerajaan lebih cepat, membantu dan memudahkan kerja kita kan? So, kalau kerajaan sendiri masih di takuk lama tak ke mana jugak. Kita jugak yang akan marah. Berapa ramai penjawat awam yang dah berumur 50 tahun ke atas adalah celik IT? Mungkin golongan ini hanyalah dalam kalangan sokongan tapi jangan terkejut andai ada juga diperingkat professional. Realiti okay. Org2 macam ni akan guna generasi baru ni untuk kerja-kerja mereka. So, nampak sangat generasi baru memang sangat diperlukan. Tolonglaaa. Generasi muda pon boleh buat kerja. Ada idea yang lebih bernas. Cuma tak diberi peluang untuk dorang curahkan idea dan tenaga dorang. Entahlah. Nak tulis lebih-lebih kang teremo plak.

Cukuplah dulu untuk pagi ni. Post Bicara Jumaat akan menyusul.

Thanks for reading.

Wassalam


October 26, 2016

Salam Takziah: Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Semalam pada 25 Oktober 2016, Malaysia digemparkan dengan berita Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu terbakar. Sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan. Tak sangka sebenarnya bila kejadian ni meragut nyawa. Semuanya luar kawalan kita.




Saya dan keluarga ingin mengucapkan salam takziah kepada semua mangsa kejadian. Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang dan kepadanya jualah kita kembali. RIP kepada semua mangsa bukan beragama Islam.

Terima kasih kepada kakitangan HSA sendiri dan orang awam yang bertungkus lumus demi menyelamatkan pesakit. Saya rasa mana2 staf yang terlibat tu memang patut diberi penghargaan. Bila dilihat gambar2, nurse, doctor, medical assistant semuanya betul2 berusaha nak selamatkan patient. Siap angkat, tolak katil patient lagi. Pastu, dalam keadaan macam tu ada lagi yang bagi rawatan pada patient. Sungguh besar pengorbanan kalian. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.  




Terima kasih juga kepada pihak bomba yang pantas menjalankan tugas bagi memadamkan kebakaran.


Salam takziah dan terima kasih sekali lagi. 

Wassalam


October 25, 2016

Cara transfer duit dari CIMB ke akaun lain menggunakan CIMB clicks

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bila saya tengok carian di blog saya lebih kepada cara nak guna CIMB clicks, eksaited plak kan. Terima kasih kepada semua yang menggunakan blog ini sebagai rujukan. Ada juga yang request cara transfer duit dari CIMB (CIMB clicks) ke bank lain (Maybank, Bank Islam, RHB Bank, Public bank dan sbgnya).

Jadi, di bawah adalah cara transfer duit dari CIMB ke bank lain menggunakan CIMB Clicks (bergambar).




2)   Masukkan User ID, tekan NEXT


3)   Skrin akan memaparkan Secure word anda. Jika Secure word bukan milik anda sila JANGAN teruskan. Kemudian, masukkan password, tekan Login


4)   Klik ‘Transfer’ dan klik ‘To other banks’.


5)   From: Select an account. Pilih account anda.

6)   Klik method mana yang anda nak guna. Normal transfer (makan masa duit nak masuk akaun) akan dicas RM 0.11 manakala kalau instant transfer (duit akan masuk segera, xpayah tunggu) akan dicas RM 0.53.


7)   Utk ruangan ‘To’ pula masukkan no. account penerima. Pada siapa yang anda ingin masukkan wang tersebut.

Kes 1: Kalau no tu dah di ‘favourite’ kn, pilih sahaja no. account.


Kes 2: Kalau no tidak di ‘favourite’ kn lagi, klik pada ‘Open Recipient (Select Bank)’. Pilih bank mana. Masukkan no. account pda ruangan ‘Account No.’ dan nama pemegang account pada ruangan ‘Recipent’s name’. SILA PASTIKAN NO. ACCOUNT DAN NAMA TEPAT.


8)   Payment type: Pilih Fund Transfer

9)   Masukkan jumlah yang nak masukkan pada ruangan ‘Amount’.

10) Bagi ruangan ‘Recipient Reference’ pula masukkan apa2 sahaja. Contoh: Uols bayar hutang member, so tulislah bayaran hutang. Contoh: beli tudung di butik Qalaqisya, so tulislah bayar tudung Qalaqisya. Contoh: bagi duit pada parents, so tulislah gift for my parents (*eh banyak plak contoh)

11)  Ruangan ‘When’ plak, klik ‘Now’ la. Kalau anda nak transfer ni pada tarikh lain, klik ‘Later’ dan pilih.

12) Seterusnya ruangan ‘Alert recipient by’ tu tulislah email ataupun no. telefon penerima. Tujuannya adalah untuk bagitahu kita dah transfer duit pada akaun dia. Kira supaya bank bg notification ada duit masuk ke dalam akaun dia. Gituu..

13) Klik ‘Submit’


14) Skrin akan memaparkan ‘Confirmation’.
*Semak betul2 betul tak nama, no. account, amount, nama bank. WAJIB.


15) Klik request. Request ni adalah request TAC no. yang akan dihantar ke no. telefon kita. No. telefon ni adalah no. telefon yang kita telah daftar utk CIMB cliks.


16) Tengok hp, cek mesej dari CIMB dan masukkan no TAC yang telah dihantar ke ruangan ‘TAC’.

17) Klik ‘Confirm’



18) Maka, keluarlah Acknowledgement



19) Kalau nak print resit, boleh klik print. Kalau tak, semuanya dah setel.



Okay. Finish. Klik SINI untuk cara transfer duit dari CIMB ke CIMB menggunakan CIMB clicks. 

Thank you peeps for reading.

Wassalam.