GENG KITO

Orang Nengok

February 25, 2016

Happy G-day: Tips kewangan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, my 2nd post on 2016. Happy G-day kepada sesiapa yang maasyuuuk hari ni ya. Hahahaha. G-day tu is equal tu gaji day la uols. Hari yang paling bahagia bagi orang yang bekerjaya. Hihi




Sedikit tips mengenai pengurusan kewangan. Saya bukanlah orang kewangan yang memang ada kelayakan utk share tips kewangan ni. Tapi ia hanyalah sekadar berkongsi pengalaman. Huhu

1)    Saving account

Exactly right readers. Walauapapun, kita semua mesti ada 2nd account and set it as our saving account. Terpulang pada individu itu sendiri berapa % you want to allocate as your monthly saving from your salary. Ingat, ini semua demi masa depan. Kalau ada hal kecemasan tak de la kita nak cari orang hutang sana sini.

2)   Plan your shopping

Ops! Bab shopping ni sensitive sikit bagi perempuan. Me, myself la tu. Bergegar wallet bila Nampak SALE. Tambahan plak sekarang follow je butik2 kat instagram tu kan. Asal scroll sikit, sale. Mmg bergegar habis la. Gegar vaganza dibuatnya. Hahahaha


Back to the topic, we need to plan what we need not what we want to buy. Kah! Part ni susah sikit. Kalau saya, setiap bulan saya mmg akan buat list sebelum berbelanja. Especially, barang2 dapur, mandian dan sewaktu dengannya. Saya beli barang2 yang saya perlu je. Klau ada lagi stok, saya tak beli dah. Jimat. Hihi. Tujuannya, tak de la saya main ambik ikut nafsu dan benda yang dah ada pun takut terambik jugak kan..

3)   Berkat

Sepatutnya, ni 1st point kan saya letak. Tak pe la. Mana2 pon boleh. Asalkan apa yang saya nak sampaikan, sampai pada readers semua. Cara yang paling common dan simple tapi agak berat bagi sesetengah individu ialah allocate jugak your money utk kedua-dua ibu bapa. Mungkin ada pihak yang keluarganya dah cukup kaya. Takpe la klau macam tu. Parent kita sebenarnya takde pun nak kita bagi duit pada dorang. Kalau tak nak bagi duit, sekala sekala apa salahnya spend ur time to both of them. Bawak dorang g makan-makan ke, atau kalau ada lebih sikit bawak g bercuti mana2. Hakikat sebenar dorang cuma nak masa bersama kita. Dan satu lagi banyakkanlah bersedekah.


Itu sahaja yang mampu dikongsi untuk semua. Dah pernah tulis mengenai rezeki sebelum ni. Rujuk SINI untuk membaca.

Wassalam

#keeppraytoALLAH

2 comments:

  1. betul...kena list awal2..kalau dh draw sblm settle yg patut, mmg tak nmpkk duit tu kemana..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Hahahaha. Settle kan dulu semua komitmen. :)

      Delete

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!