Assalamualaikum
readers. Happy 29 Feb. :)
Moga
sihat sentiasa. Saya dah 4 hari batuk-batuk dan selsema. Rasa lemas je bila nak
bernafas tu. Tidur pon xselesa. Tuhan uji dengan tarik satu nikmat untuk
sementara. Tu pon dah rasa macam2 dah. Alhamdulillah untuk ujian kali ini.
Lately,
saya kerja 6hari seminggu. Hari Ahad je akan ada masa utk merehatkan diri.
Pastu, Isnin kerja balik. Rezeki juga tu. Rezeki kerja luar aka jalan-jalan
namanya. Hahaha. Takde maknanya nak jalan-jalan. Waktu kerja pon dah satu hari.
Kajian yang saya terlibat kali ni adalah mengenai Kajian Daya Tampung Hutan
Lipur. Ni adalah last trip untuk projek ni. 1st trip Hutan Lipur
(HL) Ulu Kenas, Perak, 2nd HL Ulu Bendul, N9, 3rd HL Sg.
Tua, Ulu Yam, Sel and last trip HL Lentang, Pahang.
As
mentioned on title, post ini adalah mengenai review 4 Hutan Lipur yang telah saya
kunjungi . Manalah tahu kan, ada readers yang plan nak g Hutan Lipur tapi tak
tahu nak pegi yang mana satu. Hehe. Antara 4 Hutan Lipur ni, paling saya suka
HL Sg. Tua followed by HL Ulu Kenas, then HL Ulu Bendul and HL Lentang. Sebelum
tu, semua HL dikenakan cas bayaran masuk. Berbeza mengikut tempat. Cas ini
dikenakan demi menjamin kebersihan dan kegunaan fasiliti yang disediakan.
So, here
we go.
1. Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor
Tempoh perjalanan
lebih kurang 20-30 minit dari FRIM, Kepong. Terus terang kata, jalan menuju ke
hutan lipur ini sangat mencabar. Bengkang bengkok macam ular kena palu. Suka
saya ingatkan, pandu cermat, jiwa selamat dan ingatlah orang yang tersayang.
Hehehe. Masa saya dan kawan-kawan pergi, rasa macam nyawa di hujung tanduk.
Kenderaan yang arah balik tersangatlah laju. Seriau dibuatnya. Mula-mula tu
saya tekad ini merupakan kali pertama dan terakhir saya pergi. Tapi, once dah
sampai, berubah terus bila saya tengok keadaan sungainya. Cantik, bersih,
jernih dan memang sangat sesuai untuk mandi. Faktor lain yang saya suka ialah
banyak tempat yang sesuai untuk dijadikan ‘port’ santai bersama kawan2, family
sebab banyak pondok disediakan. Tong sampah pon banyak uols. Kalau buang sampah
di merata2 tempat tu tak tahu lah nak cakap apa. Sepanjang survey dijalankan,
boleh tahan ramai jugak pengunjung. Macam2 peringkat ada. Oh, lupa. Yg ni
negatifnya, monyet kat situ boleh tahan jugak suka sakat orang. Tips, buat tak
tahu dah dan cari ’port’ yang jauh sikit. Monyet ni banyak di pintu masuk 2 je.
Pintu 1 sesuai untuk kanak-kanak mandi dan pintu 3 tutup sebab ada construction
katanya.
2. Hutan Lipur Ulu Kenas, Perak
Tempoh
perjalanan lebih kurang 30 minit dari bandar Kuala Kangsar, Perak. Kami stay di
Kuala Kangsar sebab senang nak makan katanya. Kaki makan kann.. hahahaha. Jalan
untuk ke sini kurang signboard. Uols kena cari signboard Kem Biro Tatanegara
Ulu Kenas, Perak sebab tempatnya sama sahaja. Kebersihan sungai hutan lipur ni
juga terjaga. Tapi kawasannya tak besar sangat. Uols kena pandai cari ‘port’
la. Hutan lipur ni hanya ada satu kawasan yang kebanyakan org memang tertumpu
kat situ. Tahap keselamatan pun okay la bila ramai-ramai. Mana-mana kawasan
yang dilabel sebagai kawasan bahaya tu tak payah la nak try and error kan.
Kalau jadi apa-apa pihak hutan lipur jugak nnt yang kena.
3. Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Tempoh
perjalanan lebih kurang 20-30 minit dari bandar Seremban. Kami stay di Carlton
Star Hotel. Hotel tu bagi saya murah dan boleh tahan perkhidmatannya. Kalau
uols nak hotel bajet boleh la try. Eh, ter-review hotel plak. Haha. Air sungai
kat sini kurang jernih bagi saya. Tapi orang ramai. Kurang jernih tu sebab hari
sebelum kami pergi hujan. That’s why la air keruh. Yang saya kurang suka HL ni
ialah bila masuk je kawasan depan nampak terang dari pokok. Mungkin ada
penebangan yang membuatkan kawasan tu kelihatan terang dan panas. Walaupun
kawasan tu agak sesuai untuk kanak-kanak, tapi keadaan panas tu membuatkan
kurang sesuai. Saya cadangkan uols naik kawasan atas sikit. Sungainya panjang.
So, boleh la pilih ‘port’ yang sesuai.
4. Hutan Lipur Lentang, Pahang
Tempoh
perjalanan lebih kurang 1 jam dari FRIM, Kepong. Ikut highway ke pantai timur
ya. Hmmm. Masuk je HL ni mmg ada daya penariknya. Cantik. Tapi bila masuk ke
dalam sikit rasa terkilan. Pokok tumbang dengan bilangan yang agak banyak. Tapi
pihak HL dah maklum kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan. Ada satu kolam
man-made yang terbiar. Sayang je rasa. ‘Port’ pon tak banyak dan di kawasan
depan je sesuai untuk kanak-kanak. Masa survey dijalankan bilangan pengunjung
pon tak ramai. Kebanyakan yang masuk ke HL ni untuk makan nasi lemak. Ya, nasi
lemak. Aneh bukan? Hanya kerana nasi lemak. Guess what? Of course la uols, we
ols ambik kesempatan rasa jugak. Memang sedap. Tak dinafikan dan harganya pun
berpatutan. Jangan tak cuba bila uols ke HL ini.
Cukuplah itu sahaja review keempat-empat hutan lipur. Moga membantu serba sedikit. Mohon maaf kerana kualiti gambar kurang jelas. Yg HL Ulu Kenas je saya ambik. Yg lain minta ihsan kawan je. Huhu.
Ada pesanan untuk semua, jaga keselamatan, jangan berkira sangat soal bayaran masuk sebab pihak hutan lipur cas untuk fasiliti spt tandas, pondok, tong sampah yang memang pengunjung nak semua dalam keadaan elok, mulut jangan nak choi sangat dan patuhi larangan yang tertulis di papan tanda yang berada dalam HL spt kejadian kepala air dsbnya.
Ada pesanan untuk semua, jaga keselamatan, jangan berkira sangat soal bayaran masuk sebab pihak hutan lipur cas untuk fasiliti spt tandas, pondok, tong sampah yang memang pengunjung nak semua dalam keadaan elok, mulut jangan nak choi sangat dan patuhi larangan yang tertulis di papan tanda yang berada dalam HL spt kejadian kepala air dsbnya.
Thanks
for reading. Ada pengalaman mengenai HL yang dinyatakan, dialu-alukan utk
meninggalkan komen. Thanks again.
Wassalam.
#keeppraytoALLAH
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!