GENG KITO

Orang Nengok

June 4, 2013

Exam dibatalkan?

Assalamualaikum & hi readers! ;-)

Uahhh! Pejam celik, pejam celik.. dah nak final exam rupanya. Tapi macam mana nak final kalau tarikh exam tak ada? Tak ada exam la ni?



Itu gimik sahaja ye. Mula-mula tu memang ada masalah teknikal sikit jadual exam we olls. Gigih pergi jumpa puan zila a.k.a akak yang menguruskan latihan industri kitorang (LI @ praktikal)..then, pergi ke bahagian akademik UKM yang kini terletak di perpustakaan lingkungan ke 2. Jauh plak. Nasib baik ada my pinky. Hiks! Ni jadual yang salah.


Haa.. ni plak jadual baru.. 23 Jun dah start LI. At least ada la masa nak kemas-kemas barang kan. hehe. 

STAB 3043 ANALISIS STATISTIK BIOLOGI-12/06/2013
STAB 3122 EKOLOGI PENGURUSAN SUMBER-13/06-2013
STAB 3023 PEMULIHARAAN & PENGURUSAN SUMBER GENETIK-17/06/2013

Wish me luck! doakan aku. nak pakai jubah purple oktober ni..insyaALLAH. :)

Wassalam


June 3, 2013

Terima kasih blogger Rien Rose!

Assalamualaikum semua J

Terima kasih kepada blogger Rien Rose sebab dah bagi doodle muslimah pada aku…

Comel kan?

Doodle ni dapat dari SINI.

Thank you so much!

Dah lama dapat sebenarnya (27 Mei). Tak sempat nak buat entry. Sory. Hee~ ;) 

Jom singah2 blog beliau.. cantik!

Wassalam.


Tips untuk pelajar matrikulasi Part II

Assalamualaikum & hi readers! ;-)

Entri kali ini adalah sambungan dari entri pertama. Klik SINI untuk membaca. Thank you. J

Pertama sekali, entri kali ini lebih sesuai rasanya jika aku menggunakan kata ganti nama bagi diri aku ialah ‘saya’.  *rasa baik pulop* :P

Lets straight to the point. Seterusnya :

§      Minat


-Sepatutnya awal-awal lagi saya terangkan tentang minat ni..al-maklumla.. entri ini idea spontan. Dan entri yang rasa sangat-sangat patut share semua dengan adik-adik. Saya tahu hari ini ialah hari pertama adik-adik semua memulakan sesi pembelajaran sebagai pelajar matrikulasi. Ye idak? Hehe.
-Bercakap mengenai minat, setiap perkara yang kita lakukan mesti dimulakan dengan minat dan niat yang betul. Okay! Saya tahu, mesti ada diantara adik-adik yang masuk matrik ni sebab parents suruh la, dah takde pilihan lain la. Setahu saya keputusan UPU dah kluar before daftar matrik lagi kan? So, bila tak dapat UPU, terpaksalah masuk matrik. Tak kisah la apa alasan adik-adik semua, tanamkan niat di hati tu dan disertai dengan minat. Bila kita minat, semua benda jadi seronok. ;)

§      Study group

   -This is the common thing. Masa di sekolah dulu pun, kita ada study group. Tapi zaman saya sekolah, saya tak buat. Sbb tu fail. =.= Sama la, di matrik pun, saya suggest buat study group. Setiap subjek ada study group. Ikut pengalaman dulu, bagi subjek math saya suka study bersama dengan pelajar Cina. Here, no racist! Hehe.. Sebenarnya pelajar-pelajar Cina ni okay je. Cuba kita yang rapatkan diri kita dengan dorang. Buat baik. Jujur, classmates Cina saya dulu memang baik. Tak kedekut pun. Belajar sama-sama dengan dorang then cari jalan kefahaman yang paling mudah. InsyaALLAH, senang nak ingat..
       -Dari segi jumlah ahli kumpulan pula, bagi saya tak perlu ramai dan paling penting mesti satu kumpulan tu saling memahami serta saling bantu-membantu. Tak ada sorang pun yang ‘selfish’ keh. Kalau faham, terus share ngan ahli kumpulan. Kalau ramai pun bleh je, tapi jangan sampai ada ahli kumpulan yang tak leh masyuk la. Kalau saya dapat group members macam tu time kita nak serious belajar, buat don’t know je. Biar dia belajar sendiri. Hahahaha
        -Tempat study group tu depend pada uols. Kalau saya, saya suka buat kat blok je. Nak pakai baju tidur je pon. Boleh~~~hahahhaa

      -Kalau uols nak tahu, masa zaman saya matrik dulu, saya buat syarat-syarat masa study group. Pergh! Ada syarat~ memang, memang ada syarat.
1)     Handphone mesti silent. Tak dibenarkan mesej2.
2)     Setiap ahli mesti fokus
      3)     Setiap ahli mesti laksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
       -cara cepat, cth: ada 10 bab yang perlu dibaca bagi subjek Biologi. Ada 10 ahli kumpulan. Setiap orang akan dapat 1 bab untuk dibentangkan pada ahli kumpulan. Orang yang ditugaskan mestilah memastikan ahli kumpulan faham apa yang dibentangkan. Senang je kan? lagipun, cepat nak revise semua. Hehe J

§      Fahami & ingat!

-Setiap apa yang kita belajar kita mesti faham dan ingat. Hafal tu memang perlu tapi bukan menghafal yang time tu je kita nak hafal. Hafal, hafal, hafal, sepak batu. Tup! Lupa plak. Adoyai.. Kalau faham, insyaALLAH ingat.

Ok. Untuk entri kali ni, cukup dulu setakat ini ye.. hihi.. last, part III. Nantikan. J

Wassalam.