GENG KITO

Orang Nengok

June 17, 2013

Last paper of final exam of final year

Assalamualaikum dan morning semua!

Dah subuh ke belum ni? kalau belum pergi Subuh dulu okay. J

Disebabkan lama sangat tak buat entri dan membebel kat blog ni, aku ambil peluang ni sekejap untuk buat entri.  al maklumla, today is my LAST PAPER of FINAL EXAM of FINAL YEAR. *betul ke bi tu? hahaha.. 

Yeahh!today's paper:

STAB 3043 CONSERVATION AND MANAGEMENT OF GENETIC RESOURCES
Jam: 12.00 tengahari
Tempat: DTAMS


Wish me luck! Berapa jam je lagi. Tapi tak habis lagi cover semua. Emm, salah diri.. last minit. =(

Banyak nak share dengan korang semua ni. tunggu k.. hehe

Wassalam



June 8, 2013

Giveaway "I Love U" Chocolate

Assalamualaikum & hi!

Ada lagi tak agak-agaknya yang tak tidur skang? Mesti la kan sebab musim exam ni. Sebenarnya aku baru balik dari lawat kawan aku. Dia baru lepas excident kat depan traffic light ukm tu. Tolong doakan dia semua. Namanya Amir Syafiq. Keadaan dia alhamdulillah stabil.

Tadi berblog walking jap. Tiba-tiba ternampak segmen ni.  Syarat pon tak susah sangat. 


Coklat!

Tengok ni, tengok ni.. Comel sangat~ Kalau aku dapat. Oh,sedapnya. 



Just click the banner to join. J 

Even tak ada dalam syarat, aku still nak tag blogger2 lain untuk join.. Jangan marah ye. Hehe. Chill!

INI, INI, INI, INI & INI

All the best. 
Wassalam  




June 7, 2013

Perkara wajib elak bila anda putus cinta

Assalamualaikum & hello guys!

Cuaca di Bangi sejak dua menjak ni petang konfem hujan berserta dengan guruh. Lebih parah lagi ada guruh, ada petir. Macam faham je perasaan aku yang tak viva lagi ni kan. sedih dan jelous bila tengok kawan-kawan semua nak prepare untuk binding hard cover dah. Huhu. Dugaan dugaan~

Dalam 3 minggu lepas, kalau aku tak silap. Ada terbaca satu majalah ni. tapi malangnya lupa majalah apa. Lupa tu tak pe, yg penting aku sempat snap apa yang aku nak share dengan korang semua. Haha :D :D.

 Back to the topic.


“Parahnya menanggung rasa pedih kerana tak lagi bersama si dia. Eceh! Macam pernah lalui je kan. Pengalaman post break up berikut wajar dijadikan tauladan.”

Kisah 1: “ Saya pernah dapatkan nombor telefon baru untuk hantar mesej kepadanya. Saya nak lihat jika dia sudi layan atau tidak. Tapi bila dia layan mesra , saya pula yang sakit hati”

Nampak sangat lelaki jenis ni lelaki tak reti nak setia. Layan je. Grr~

Kisah 2: “ Selepas putus hubungan, bekas teman lelaki ganggu saya selama sebulan dengan menggunakan nombor lain. Saya pasti dia dalangnya, tapi bila ditanya mati-matian dia tak nak mengaku. Tapi lama kelamaan dia sendiri yang terkantoi”.

Aiyoo.. lelaki jenis ni plak lelaki ego. Ada perasaan lagi tapi tak nak ngaku plak.

Kisah 3: “Layan lagu jiwang berulang kali sambil menangis. Berpuluh kali ulang lagu sama. Bila diingatkan kembali. Aduhai, memang menggelikan hati.”

Hakikatnya, tak perlu menangis kerana laki tak guna. Hahaha.

Kisah 4: “ Perkara paling bodoh saya pernah kelar tangan hingga berdarah, kemudian ambil gambar dan hantar kepadanya. Sampai sekarang ada parutnya.”

Okay. Nauzubillah. Jangan la buat benda-benda macam ni. Yang sakitnya diri sendiri. Tak pasal-pasal ada parut kan. kurang wang hantaran.

Kisah 5: “ Bila dapat tahu dia dah ada teman wanita baru saya buka akaun Facebook yang lain semata-mata nak lihat sendiri siapa gadis itu. Tapi lama kelamaan saya yang frust menonggeng sebab tengok gambar bahagia mereka termasuk ayat manja  mereka berdua. Alahai…”

Gigih buat akaun fb baru. Emm, lastly kita jugak yang frust menonggeng kan. Redhalah kalau dia bukan jodoh kita. J

That’s all. Aku feeling doktor cinta sangat buat entri ni. hahahaha. Whatever la.  Yakinlah jodoh yang ALLAH tetapkan untuk kita itu adalah jodoh yang terbaik.


Enjoy your reading. Wassalam.

Sumber: Majalah aku tak ingat. L