GENG KITO

Orang Nengok

June 30, 2014

Tips rancang kewangan anda

J J Assalamualaikum readers J J

So, macam mana hari pertama puasa semalam? Banyak dugaan ke? Banyak post aku baca kat facebook kata banyak dugaan. Bau orang sebelah masak pun dugaan. Especially untuk perantau2 kan. Alhamdulillah, semalam sebelum berbuka mak cik sebelah rumah aku bagi pengat pisang. Rindu sangat masakan mak. Ni pun dugaan jugak. Hehehe

Dalam pukul 6 petang gitu, aku dan k. ros pergi Bazar Ramadhan dekat Taman Ehsan, Kepong ni. Kitorang cuma beli nasi satu bungkus seorang rm 6 dan kuih rm3 seorang. Total, rm 9 seorang. Tu tak termasuk air sebab minum je apa yang ada kat umah. Emm, bila diamati balik kemungkinan jika ditambar air akan jadi berbelas2 ringgit. Dan mungkin akan menghampiri rm20 jika dibungkus sekali lauk untuk bersahur. Ishhh.. besar jugak tu perbelanjaan. 

Sekadar gambar hiasan
Untuk mengelakkan anda berbelanja lebih, aku nak share beberapa tips yang mungkin relevan untuk diaplikasikan dalam hidup kita. Lagi-lagi orang bujang macam aku ni samada students atau baru mula bekerja.

PLAN YOUR FINANCE



Pertama sekali, of course you need to plan your finance. Kira duit rumah, duit kereta/moto, bil letrik, bil air, topup, keperluan asas dan sbgnya. Nak shopping ke nak apa ke, rancang dulu awal. Mana2 yang nak shopping tu make sure ada had jugak lah. Jangan main ambik je. That’s why, kalau aku nak shopping aku akan tunggu sales je. Especially sogo, tunggu sales baru beli. Baru la cun2 bajet. hehe

KEEP YOUR MONEY IN A SPECIAL ACCOUNT
Setelah mendapat gaji, why not transfer your money into another account and make sure you cannot access the account by using atm card. This is called special account and renamed it as “Personal Savings Account”. Bila takde atm card, korang akan rasa malas taw nak g ambik duit tu. so, duit korang tu lama2 akan jadi bukit. Haaa, berbalik kepada point pertama tu, make sure transfer duit ni berlaku before g shopping, kalau tak nanti, tak sempat la nak transfer. Sebabnya akan ambik duit ni untuk shopping. Bercakap berdasarkan pengalaman ni. kih3.

ELAKKAN BERHUTANG


Kalau untuk beli kereta dan rumah tu bolehlah berhutang. Berapa ramai sangat la yang mampu nak beli cash kan. hohoho. Bila dah nak raya ni, akak2 yang kat luar sana tu mulalah nak tukar langsir la, perabot la, karpet la, dekorasi rumah la dan banyak lagi lalalala. Yang lagi parah nak tukar jugak kete. Botak sat kepala suami. Bila nak tukar semua benda ni, konfem2 la akan berhutang. Mungkin yang sangat kaya tak hutang la. Biarlah, dah dia mampu kan. Tak payah la nak hutang-hutang semua ni. Guna je mana yang ada tu. kalau tukar pun, sikit sudah la. ataupun yang mana perlu sahaja. Pastikan yang betul2 perlu.

HINDARI PENGGUNAAN KAD KREDIT


Aku tak de kad kredit. So, tak reti sangat nak berbicara kad kredit ni. tapi tadi sempat tengok kejap kat rtm 1, katanya: gunalah cash money sebelum menggunakan kad kredit. Dan anda jugak digalakkan untuk menamatkan terus kad kredit anda untuk mengelakkan anda terlalu banyak berhutang. Kalau anda adalah seorang yang patuh dalam membayar kad kredit ni, isokey isolrait je.janji kena pandai2 la eh.

DON’T EVER SPEND YOUR MONEY EXCEED YOUR MONTHLY SALARY
Yeahh, of course dear. Kalau kita berbelanja lebih, macam mana nk hidup. Tak kan nak berhutang dengan orang selalu. Hutang wajib dibayar okay. Buatnya ajal kita cepat. Allah, hutang banyak lagi. How??

Kalau dilihat balik secara keseluruhannya, all of these depend on the first point. Plan your finance wisely.

Wassalam.
#keeppray4mh370


June 28, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt.



Kehangatan Ramadhan kian terasa. Cuba kira berapa jam je lagi. Malam ni kita semua akan bangun pagi untuk bersahur. Seronoknya. insyaAllah, ada keberkatannya.
Perintah Allah swt supaya kita berpuasa.



Kita semua tahu, Ramadhan ni adalah bulan ibadah dimana ibadah kita pahalanya dilipatgandakan. Tengoklah kalian, betapa Allah itu Maha Pemurah. Oleh itu, ambillah kesempatan ini untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat sepanjang bulan Ramadhan. Cuba didik diri sedikit demi sedikit dan yang paling panting ikhlaskan diri. insyaAllah, ada kenikmatannya.

Antara amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan dalam bulan puasa ialah:

1)    Sahur
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesunggubnya di dalam sahur itu terdapat barakah. “ (HR Bukhari & Muslim)

2)   Segera berbuka puasa
“ Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3)   Menggandakan bacaan al-Quran dan memahami ertinya
Hadis Ibnu Abbas menyatakan bahawa Rasulullah saw bertadarus dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.

4)   Banyakkan berdoa
Diriwayatkan oleh Turmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin Negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

5)   Solat terawih
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari Allah swt, maka akan diampuni segala dosanya yang lalu. “(HR Bukhari & Muslim)

6)   Bersedekah dsbgnya.

 Ok. Bila dah bangun sahur tu jangan lupa ya kawan-kawan semua untuk niat puasa. Niat ni merupakan rukun puasa ye. Ni niatnya. Print tampal kat mana2 yang membolehkan anak-anak anda membacanya dan mengingatinya. 


Salam sayang semua. 
Wassalam. 
#keeppray4mh70 
Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sunat banyak-banyak!



Azab Bagi Mereka yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.

Alhamdulillah, hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan bersua dengan Ramadhan yang mulia. insyaAllah, moga kita semua dipanjangkan umur.

Berpuasa tapi meninggalkan solat, apa gunanya? Kita tetap kena ingat dan selalu ingat solat adalah tiang agama. Emm, jangan la mana2 yang xsolat tu, terus tinggal puasa bila aku cakap solat itu yang utama. Tak payah la aku nak cakap lagi pasal rukun Islam. Ummat Islam seharusnya tahu tentang rukun itu. Kalau kita boleh patuh undang2 atau peraturan2 asrama mengapa tidak kita patuh pada suruhan Allah? Sedangkan patuh pada suruhan Allah itu adalah diwajibkan.

Di sini adalah azab bagi mereka yang meninggalkan solat. Kita tak tahu ye, berapa ramai di alam barzakh sana, mintak nak hidup balik, meronta-ronta, diseksa disebabkan meninggalkan solat. Nauzubillah!


Seringkali bila bangun sahur, tidur balik. Apa berlaku? Subuh gajah? Atau terus lupus? Dan bila maghrib nafsu makan itu membuak2 lantas melalaikan diri anda, anda dan anda hanya menghadap makanan sehingga mengabaikan waktu maghrib. Perkara biasa dan common kata orang putih. Tahun ini berazamlah kita semua supaya jangan berulang lagi perkara ini jika kita pernah terjebak. Jadikan bulan puasa ini merupakan permulaan untuk diri kita semua untuk berubah. KERANA bulan Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan. Para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda.

*Salam Ramadhan Al-Mubarak*

Wassalam
#keeppray4mh370
#112hari