Assalamualaikum dan selamat petang
semua..
Bicara Jumaat kali ini terlambat 2
hari. Jadinya Bicara Ahad ye dok? Haha. Mana2 pun boleh. Ekceli, masa hari
Jumaat tu dah nak post dah namun kekangan masa wujud saat itu. As usual, kalau
hari Isnin dan Jumaat memang busy lain macam.
Seperti yang tertera di ruangan topic,
Bicara Jumaat: Gaya Hidup dan Kesihatan. Pagi Jumaat lepas, aku ada taklimat
mengenai kesihatan. That’s why teringin nak share beberapa maklumat yang dapat
aku serap..
Soal kesihatan seringkali diabaikan.
Kenapa aku kata macam tu? Bukan ke semua orang nak sihat. Ya,semua orang nak
sihat. Tapi berapa ramai yang amalkan gaya hidup yang sihat? Maksud aku dari
segi pemilihan makanan, waktu makan, jumlah karbohidrat (gula) yang telah
diambil, waktu larangan makan dan exercise terutamanya. Arghhh! Aku la tu.
Cakap pasal diri sendiri.
Semua aspek yang aku cakap tu perlu
diambil kira. Bila dah tua nanti, baru nak menyesal.
“Kandungan gula tinggi.”
“Kandungan kolestrol tinggi.”
“Kamu obese.”
Kata-kata yang mungkin akan anda
dengari dari seorang doktor setelah usia anda meningkat nanti. Berpeganglah
pada pepatah “ Mencegah lebih baik dari merawat.” Kalaulah kita semua tahu
betapa perit, sakit dan tingginya kos untuk mendapatkan rawatan, pasti kita
semua akan mengamalkan gaya hidup yang sihat sejak muda. Kalau nak fikir salah
siapa, sebenarnya dari sekolah rendah lagi kita diajar mengenai kesihatan
termasuklah adanya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tapi , kita buat
apa? Ambil mudah. Kita tak layan kononnya benda tu. Sayang taw sebenarnya.
Even dalam Islam sendiri
menitikberratkan soal kesihatan. Bila badan sihat, insyaALLAH senang untuk kita
melakukan ibadah. Hadis Rasulullah saw:
Macammana nak amalkan gaya hidup yang
sihat? Mudah je. InsyaALLAH, kita buat sama. Aku pun baru nak mula. Rugi rasa
kalau tak share benda baik dengan orang ramai.
1. Pilih makanan halal
Seperti yang diajar dalam Islam, ummat
Islam wajib makan makanan halal dan baik (halalan toyyiban) sahaja. Sebab
makanan halal ini sudah semestinya bersih buatannya dan puncanya juga bersih.
Ingat! Makanan kita tu jadi darah daging kita. Nak ke kita jadikan darah daging
kita tu dari sumber yang haram. Konfem tak nak kan? So, pilih makanan yang
halal. Tengok logo JAKIM dahulu. Kalau waswas, jangan beli.
2. Sarapan setiap hari
Allah, yang ni la selalu aku skip.
Selalu sangat-sangat la. Sebab apa. Sebab bangun lambat. Tak sempat nak prepare
breakfast bagai. Dan memang jenis tak suka breakfast. Huhu. Sarapan ni wajib
sebenarnya. Untuk bekalkan tenaga pada kita. Kalau kita skip makan pagi,
kemungkinan besar untuk kita makan banyak pada waktu tengahari tu adalah
tinggi. Ye la, lapar sangat sebab tak makan dari waktu pagi. Ataupun, sebelum
waktu tengahri kita dah start makan/mengunyah biskut la, roti la, gula-gula la,
kuih muih la. Itu semua tinggi karbohidrat. Tak elok untuk badan kita. Sebab tu
makan lah pada waktu pagi untuk elak benda2 tu berlaku.
3. Minum air kosong
Huuuu… Dulu memang aku pun jenis tak
suka minum air kosong ni. 500ml satu hari pon belum tentu taw. Hakikatnya, air
kosong ni sangat penting bagi system pencernaan dan perkumuhan. Pakar pemakanan
pon selalu mentioned, minumlah air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Kalau
sesiapa ada masalah nak buang bagai tu, minum lah air kosong. At least bila
buang air kecil, tu dah kira okay dah.
4. Kunyah 40x
Ini Rasulullah saw yang ajar. So, bila
Nabi kita ajar tu benda-benda baik la maksudnya. Bila kita kunyah banyak kali,
makanan akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. And
one more thing is, bila dah kunyah banyak kali ni rasa nak makan sikit je la.
Hehe
5. Senaman
Orang putih panggil exercise.. Haaa..
gitu.. Senaman ni jangan kita ingat pergi jogging je taw. Jalan/bergerak dengan
pantas pun dah dikira satu senaman. Ataupun naik tangga bukan naik lif. Senaman
ni buatlah setiap minggu. Demi kesihatan. Kasi keluar peluh dan bakar kalori
berlebih.
Sama-sama kita jaga kesihatan. Anda juga boleh layari www.iluvislam.com untuk lebih info. Amalkan doa syifa' juga demi kesihatan.
Thanks for reading.
Wassalam
#AlfatihahTGNA
#keeppray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
cantik blog awak
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA