GENG KITO

Orang Nengok

March 9, 2015

MH370: A year on

Assalamualaikum dan selamat petang readers.

Sekarang ni musim hujan beserta guruh pada waktu petang. Takut kalau nak balik kerja tu. Almaklumla, tempat kerja pun FRIM, dikelilingi pokok-pokok besar kan.

Semalam 8 Mac 2015, maka genaplah setahun kehilangan MH370. Aku bukan siapa-siapa, namun aku juga seperti kebanyakan yang lain. Aku hanya rakyat Malaysia yang hanya mengetahui berita kehilangan pesawat ini melalui media massa. Aku hanya rakyat Malaysia yang turut terkesan akan berita pahit ini. Aku hanya rakyat Malaysia yang juga pernah mengalir air mata saat menerima berita ini. Dan aku merupakan hamba ALLAH yang tidak akan berhenti berharap dan terus berdoa bagi memohon permudahkan segala urusan SAR serta kebenaran akan terbukti.


Jika aku rasa apa yang berlaku apatah lagi ahli keluarga mangsa MH370. Hilang. Entah di mana. Apa yang berlaku. Tiada siapa yang mampu untuk menjawabnya. Kecuali TUHAN. Ya TUHAN. Kerana TUHAN Maha Berkuasa. Kita jangan sesekali menyalahkan takdir kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setahun sudah berlalu tanpa ada sedikit pun bukti fizikal. Juga pasti ada hikmahnya.


Apa yang pasti, jangan berhenti berdoa semoga TUHAN menunjukkan perkara yang sebenar termasuk bagaimana 2 orang penumpang menggunakan passport palsu boleh terlepas melalui pemeriksaan imegresen semudah itu sedangkan kawalan sangat ketat. Pasti ada sesuatu. Mana mungkin ia berlaku dengan begitu mudah.

Kita bukanlah keyboard warriors. Kita bukanlah seseorang yang mudah mendengar teori palsu. Sebab kita hanya mahukan kebenaran. InsyaALLAH, kebenaran akan terbukti. Tapi dengan syarat kita jangan berputus asa. Mohon juga supaya TUHAN tabahkan hati keluarga mangsa MH370 serta MH17.



*Our thoughts and prayers go out to the passengers, crew members and families of all on board MH370*

Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Keepprayformh370
#Alfatihahformh17
#Alfatihahqz8501



No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!