GENG KITO

Orang Nengok

March 6, 2015

Bicara Jumaat: REZEKI

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Lamanya rasa tak update blog. Hihi. Biasalah awal-awal tahun macam-macam kerja kena buat. Tanggungjawab mestilah dilaksanakan dengan sempurna.. ye dok?

Bicara Jumaat minggu ini berkisar mengenai rezeki. Dalam kita mencari rezeki ni, pernah tak readers terfikir. Rezeki ni luas. Tapi kebanyakan kita telah mempunyai “mind set”, rezeki itu duit. Hakikat sebenarnya, rezeki meliputi kesihatan, kemudahan, keupayaan, keluarga, masa dan banyak lagi. Sebab tu, dalam sehari hidup kita latihlah lidah kita untuk memanjat kesyukuran kepada ALLAH swt, Sang Pencipta yang telah memberi kita banyak rezeki.



Okay. Let’s say, aku bagi korang 2 situasi yang berbeza.

Tarikh tutup permohonan pekerjaan di syarikat JJ (tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati) ialah pada 20 Februari 2015.

Situasi 1: Si A tahu permohonan dibuka pada 1 Januari 2015. Si A pon isi la borang tu slow2. Tapi dia stop tang nak upload resume. Katanya nak update dulu resume baru nak upload. Tapi malangnya, dia terlepas tarikh tarikh tutup permohonan tersebut.

Situasi 2: Si B baru sahaja tahu permohonan tu pada 19 Februari 2015 pada waktu malam. Dengan pantas dan ligatnya, dia terus isi borang tersebut sehingga berjaya menekan butang ‘submit’.

Nampak tak, rezeki si B tu. Walaupun dia tahu saat akhir. Namun, dia diberi kesempatan, peluang, masa untuk mengisi borang permohonan kerja tersebut. Jangan dilupa, dia juga diberi rezeki kesihatan dan kekuatan untuk isi borang tu sampai habis. Kalau si B tu dapat kerja tu, bertambahlah lagi rezekinya. Besar kan sebnarnya konteks rezeki ni? Simple je.

Well, kadang-kadang kita ni ada je rasa tak cukup kan. Sama la macam situasi aku sekarang ni. Macam-macam rasa nak. Bukan nak ikut nafsu sangat tapi terasa bagai semuanya penting. Sebab tu lah aku rasa terpanggil untuk buat entri ni. Aku kena muhasabah balik. Sepatutnya, apa yang lebih penting ialah mohon rezeki yang diperolehi itu berkat. InsyaALLAH, lapang dada. 


Ops! rupa-rupanya dah pernah tulis entri mengenai rezeki sebelum ni. Rujuk SINI

Wassalam.

#AlfatihahTGNA
#Prayforpantaitimur
#Prayformh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501


No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!