Assalamualaikum…
Berhujung minggu di UKM.
One of my friend said, “ Tak indahnya hidup ko,
xde life. Asyik ukm je.”
Ishhh.. indah je aku rasa. Sebab bila masuk ukm
ni rasa macam menggamit memori. Ceh! Macam tagline Klasik Nasional gitteww..
Ekceli, aku datang ukm ni sebab tak tahu nak g mana weekend ni. pastu, ingat
nak tolong sikit si Linda tu analyse data FYP dia. Tapi apakan daya, data pon
dia tak dapat lagi. Huhu. Dan ketahuilah anda, aku ke sini juga kerana mh370. Setiap masa kami akan berbicara mengenai mh370. Sebak bersama. Betapa terkesannya dengan misteri ini.
*maaf kerana aku masih menggunakan misteri sebab ia masih
hilang dan masih tiada bukti kukuh ia terhempas/dihempas di lautan hujung dunia
itu.
Gembira macam mana pun aku, kini gelak aku mungkin tak semegah dulu. Tak mampu. Sebab aku bagaikan tersedar ada insan yang bersedih. Mungkin sangat terlambat bila aku post entri
ini. Dah sebulan berlalu, malah hari tertaipnya entri ini telah memasuki hari
yang ke 37.
8 Mac 2014,
Malaysia dikejutkan dengan
berita kehilangannya,
Dunia digemparkan dengan
misteri keajaibannya,
Ketakutan,
kebimbangan,kerisauan menjengah si keluarga,
Kesibukan, kegelisahan,
kekentalan menerpa si pemimpin,
Perpaduan pula mula sibuk
menuntut rakyat.
Satu Malaysia bagai
tersentap,
Satu dunia pasti menanti
khabarnya,
MH370 mencipta sejarah
dunia,
Membawa Malaysia
mengelilingi global.
Spekulasi demi spekulasi,
Masing-masing ingin
bersuara,
Wartawan dengan medianya,
Keyboard warrior dengan
kekuncinya.
Tatkala bulan dan matahari
menjalankan tugas,
SAR bagaikan arus yang
tiada hentinya,
Lautan Hindi menjadi
sasaran,
Meredah ombak setinggi cocos nuciefera
Hanya sebuah kotak hitam
yang dicari,
Kotak yang akan memberi cahaya,
Kotak yang akan merungkai
simpulan padu itu,
Kotak yang memadam
pekatnya tohmahan hitam yang ditaburkan.
Aku tiada kapal yang
canggih untuk dihantar,
Aku tiada ilmu yang bisa meramal
dimana adanya kamu,
Aku juga tiada harta yang
mampu disumbangkan bagi mencarimu,
Namun, senjataku akan
terus menerus memohon ya Illahi,
Tanpa henti mengharapkan
keajaiban.
Aku tidak mampu untuk
bersamamu,
Menggenggam tanganmu,
Memeluk dirimu,
Maafkan aku.
Keyakinanku tiada ragu,
Kerana Tuhan sentiasa
bersamamu semua,
Hamba diuji hanya yang
mampu,
Tabah dan teruskan
berdiri.
To all MH370 passengers’
family, all of you have the strong heart, strong spirit and strong support. Please
believe that you are not alone. We are here, World.
Entri ini memang khas aku
tujukan kepada semua keluarga penumpang MH370. Aku juga terasa kehilangan.
Entah bagaimana, aku terheret untuk sama-sama merasa. Inilah yang dinamakan
naluri yang dicipta oleh Allah. Indahnya. Setiap hari, aku akan curi waktu
hanya untuk mh370. Dan sehingga kini aku masih berharap keajaiban berlaku
kerana Tuhan itu Maha Kuasa. Tiada yang mustahil, kerana suatu hari nanti kita
semua akan dipertontonkan semula segala amalan kita di dunia. “CCTV” itu pasti
mampu menayangkannya. Jika di dunia, pakar gagal menganalisisnya, yakinlah Pakar
Tertinggi iaitu Allah swt pasti mampu.
Kepada semua yang terlibat
dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR), terima kasih diucapkan. Hanya Tuhan
yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih, terima kasih & terima kasih
kepada semua negara yang terlibat.
Wassalam
#keeppray4mh370
masih menjadi misteri ...
ReplyDeleteye.. masih misteri sehingga ke hari ini.. kita sama2 doakan semoga pencarian ini berhasil..:)
Delete