GENG KITO

Orang Nengok

May 2, 2013

Happypost: TAHNIAH! my sis


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tengah-tengah buat analisis data tesis aku ni, tetibe teringat nak semak keputusan matrikulasi adik aku.. 

Tadaa~


TAHNIAH my sis! Kan dah cakap, setiap ujian yg datang tu semua untuk menguji kesabaran kita.. supaya kita ingat ALLAH… rezeki tu datang dari ALLAH.. jangan lupa utk ucap ALHAMDULILLAH..syukur~

Huh~kalau uols nak tahu adik aku ni macam2 dia tempuh sebelum keluar keputusan exam.. dan benda ni aku hanya cerita pada kawan2 yang paling rapat ngan aku..sorry..memang tak leh cerita kat sini.. but she’s really strong! Tipu la kalau aku kata dia tak nangis kan.. itulah cara yang paling selesa utk lepaskan perasaan..

Ingat tak before ni aku dah pernah post cara semakan keputusan matrikulasi? Klik SINI kalau ada yang masih tak semak atau nak semak utk saudara mara ke atau sesiapa sahaja.. tapi kena ingat dengan IZIN pemilik ic..hehe.. ops! Jangan lupa juga, kalau yang dah dapat tawaran tu, jangan lupa KLIK terima tawaran okay..kalau uolls nak la..hehe…

Ekceli, bila semakan mula-mula tu dibuka, dia tak bagi aku semak.. then, hari Sabtu lepas baru dia bagitahu aku dia dapat.. lepas tu, bila aku nak semak.. website bahagian matrikulasi plak ada problem.. tu yang baru cek balik ni..hewhew

Again.. congrate adik-adik!

*yuran matrik masa zaman aku dulu RM160 + RM60 (muet)= RM220.. skang dah RM550 utk sains dan RM 480 utk perakaunan.. mungkin sebab bahan2 mengajar semakin bertambah dan canggih kot*

Wassalam..



2 comments:

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!